Isnin, 15 Ogos 2011

~ Instagram - kekwat ~

Hari ni Pakcik nak citer pasal satu app.. yang hanya serve untuk iPhone/iPod Touch/iPad... iaitu Instagram... sangat kekwat app ini... hingga Smart Phone yang lain seperti Android dan BlackBerry tak hadenya dapek guna app ni.. Jeles nihhhh.. sbb Pakcik pakai Android phone..

Pakcik antara pengguna Android yang tunggu kehadiran Instagram for Android.. walaupun dah 8 bulan dah dia launch di App Store... tapi sampai hari ni tadak berita... 

Instagram ni adalah app yang membolehkan pengguna iPhone/iPod Touch/iPad mengambil foto dan lokasi seterusnya gambar berkenaan boleh di'edit' dengan menggunakan filter untuk menghasilkan effect yang lebih terkesan. Kemudian foto tersebut boleh dikongsi secara terus ke Facebook, Twitter, Flickr, Email, Tumblr, Foursquare, Posterous. App ini boleh didapati secara percuma kat App Store... sekali lagi hanya bagi pengguna iPhone/iPod Touch/iPad sahaja... **mata pandang atas!!

  VS  

Pun begitu dengan adanya Lightbox yang seakan-akan Instagram sudah sangat mencukupi buat pengguna Android... walaupun filter nya tak sehebat Instagram.. tapi Lightbox ada menyediakan filter2 yang agak menarik... Foto yang diambil menggunakan Lightbox juga boleh di'crop' seperti Instagram.. malah rasanya Lightbox menyediakan perkongsian terus ke rangkaian sosial yang agak mencukupi iaitu melalui Facebook, Twitter, Flickr, Tumblr & Foursquare (walaupun tadak ke Email & Posterous). App Lightbox juga berupaya mengadakan apa yang mampu dilakukan oleh iCloud (juga untuk pengguna Mac sahaja)..

Anda boleh lihat sendiri keupayaan app Lightbox ini dalam kilp berikut :




Jadi.. kepada pengguna Android seperti Pakcik.. tak yah nak bersedih sbb tadak Instagram.. sbb kita ada Lightbox.. and kepada Instagram..tak payahlah nak kekwat bagai.. sbb Lightbox pun leh provide the same.. :)

-sekian-

Khamis, 11 Ogos 2011

~ Mulut Longkang ~

Dengar saja tajuk ni pasti pembaca blog Pakcik akan terkezut... "Pakcik maki hamun sapa lak ni?? dah laa bulan Romadhooonnnn..." yer tak?? xixixi... actually Pakcik nak cerita pasal single dari pendatang baru.. berketurunan Rungus-Dusun bernama Brenda Aruna Lundo Jumin atau mahu dikenali sebagai Brenda Londoh...


Single pertama anak kelahiran Kudat ini bertajuk 'Mulut Longkang' adalah hasil ciptaan Jasni Mohd Yaakub dan liriknya oleh Syeikh Qalam.. Pakcik dapat single ni sewaktu menghadiri rakaman Melodi Raya 2011..

Masa otw balik Pakcik dengar lagu ni best gak.. catchy.. Pakcik dgr ada element lagu MJ ~ Smooth Criminal dan ada sket2 style KRU punya lagu2 nasyid.. lagu berentak up-beat ini bleh layan time hati duk geram kat org yang jenis mulut longkang and try to forget it... Pakcik sangat suka liriknya yang sangat direct!!
**teringin gak Pakcik nak tuju lagu ni kat yang mulut cam longkang dok mengata kat Pakcik.. (kisah benar nih).. xixixi

Mai kita dengar sket sedutan dari buah tangan pertama Brenda Londoh...



Kalau sapa2 minat nak dapat lagu ni bleh laa muat turun dari eRema Records (syarikat rakaman Brenda bernaung).. tapi yer lah kena bayor laa.. harga dia 3 hengget sajork.. (zaman skang tadak pree pree punyer).. :)

Rupanya si Brenda ni adalah pelajar Aswara dalam bidang muzik.. dia juga sepupu kepada penyanyi dan pelakon yang digilap dari rancangan realiti Akademi Fantasia Musim ke-3.. Marsha Milan Londoh... Harap2 diorang berdua sama2 berjaya dipersada seni tanahair...


Sapa2 yang nak ikuti perkembangan penyanyi bersuara unik ni bolehlah pergi ke Facebook Fanpage atau ke Blogspot Brenda Londoh...

Dengar2 si Brenda ni telah diberi kepercayaan merakamkan lagu ciptaan Yovie Widianto bertajuk 'Manusia Biasa' yang telah pun dirakam sebelumnya oleh Yovie & Nuno di dalam album terbarunya 'Winning 11'.. Lagu tersebut dirakam semula untuk dijadikan runut bunyi bagi filem 'Gerimis Mengundang' yang pergambarannya dibuat di Negeri di Bawah Bayu oleh pengarah yang tak asing lagi iaitu Ahmad Idham... Tahniah diucapkan pada Brenda..

So hangpa yang duk hangguk2 kepala dengaq preview lagu 'Mulut Longkang' tuu apa lagi?? pii laa donlot!! Layaaannnnnn.. zaaassssss.. ;p

p/s : cam promoter plak aku nih... LOL

~ Melodi Raya 2011 ~

Pakcik baru jer pulang dari menghadiri acara berbuka puasa dan rakaman Melodi Raya 2011.. Kalau tak diajak oleh teman baik Pakcik... takder laa Pakcik merasa pegi tempat2 cenggini... Seronok juga pergi rakaman tuu... Ramai artis baru dan lama berhimpun..



Memang dari dulu lagi rakaman rancangan Melodi Raya sempena Aidilfitri diadakan pada minggu pertama atau kedua Ramadhan... Masa Pakcik kejer ngan Hotel Istana dulu (like 10 years back)... diorg selalu buat kat sana... Tapi kali ini venue di PWTC (Pusat Dagangan Dunia Putra)...

Sejak dari jam 6 petang kami berkumpul sambil menunggu kehadiran para jemputan dan artis-artis... selama menunggu tuu diorg macam biasa jumpa dan bertegur sapa, bertukar pandangan tentang karier masing2... hinggalah kami semua dijemput masuk ke dewan... Kami disambut dgn baik oleh krew bertugas...



Pakcik tgk arrangement dalam dewan agak teratur.. pun begitu masih ada jemputan yang tidak dapat duduk di dalam dewan.. ada yang terpaksa duduk di luar dewan.. rata2 semua seperti berpuas hati dgn acara yang dianjur oleh pihak TV3 walaupun terpaksa berdiri...



Makanan pun best2... Pakcik belasah Nasi Ayam... Sate... kuih muih... sebab depa hidang pakai buffet.. so apa lagi.. Pakcik balun tak hengat laa... sebenarnya banyak lagi yang dihidang.. tapi Pakcik jer yang tak larat nak telan.. pun begitu tetap Pakcik mulakan dengan kurma.. amik sunat laa katakan.. . :D

Yang Pakcik paling seronok tuu sebab Pakcik berkesempatan bergambar ngan Shila Amzah... Yeayyyy.. siap amik autograph lagi.. korang ada?? tak der nyer.. ;p Kalau nak amik gambar dgn diorg semua2.. martylarrr... ramai kot... but they're all very supporting... Thanks to Shila Amzah, Abg Man Bai dan Hazama yang sudi bergambar ngan Pakcik untuk kenang2an... :)




This gonna be one of memorable day in Ramadhan 2011 for me... Thanks to my buddy Had.. hugssss....

Rabu, 10 Ogos 2011

~ Luka di sini ~

Dulu..
Kau bisik kata cinta
Kau titip bait rindu
Kau kirim ucap bahagia
Kau utus bahasa kalbu

Mengapa kini..
Kau luah bibit benci
Kau laung rasa iri
Kau campak noda janji
Kau lontar hina keji

Bagimu..
aku tiada nilai
aku tak berharga
aku satu kesilapan
aku mungkir harapan

Sedarkah dirimu..
kamu lupa hormati aku
kamu gagal cintai aku
kamu hanya gunakan ku
kamu lemparkan tuduhan palsu..

Untuk apa?
Puaskan amarahmu?
Lepaskan sakitmu?
Kukuhkan egomu?
Pasakkan pendirianmu?

Yakinlah..
Tuhan hanya satu
Esok lusa sampai harimu
Rendah tinggi langit belum kau tahu
Terhumban dirimu.. tiada yang bantu..
Pergi kau jauh dari hidupku
Aku tak butuh akan dirimu

Maafkan aku... 
kau tak pantas buatku...
kerna aku luka di sini...

Khamis, 4 Ogos 2011

~ PaRam ~

Hari ni sudah masuk hari ke-4 kita berpuasa... sekejap pulak terasa.. kerja Pakcik pun tak siap2... martylarrr.. anyway.. Bulan Ramadhan ni sangat sinonim dengan Pasar Ramadhan... di Pasar Ramadhan pelbagai makanan dan minuman dijual untuk mereka yang tak sempat menyediakan juadah bagi berbuka puasa..

Pasar Ramadhan atau terkenal dikalangan kawan2 Pakcik dgn panggilan ringkas 'PaRam'... boleh di katakan beroperasi di lokasi yang menjadi tumpuan bagi setiap kawasan... Kalau dekat dgn tempat Pakcik ni.. ada PaRam TTDI, PaRam Kelana Jaya & PaRam Sunway... kalau nak juadah yang banyak leh pegi kat TTDI... Kalau nak semak otak.. sila pegi ke Sunway (bagi Pakcik laa).. dan kalau nak sedang2 and ok2 jer pilihan makanan.. sila lah berkunjung di KJ.... So Pakcik selalu pergi ke PaRam KJ... :)



PaRam Kelana Jaya ni terletak di SS 5 berdekatan dgn Giant lama (kecil).. memang kalau di KJ ni.. di situlah jadi pusat org berkunjung untuk cari makan2... kalau bukan bulan puasa kat situ memang ramai orang jual kuih muih beraneka pilihan.. termasuklah buah2an... seperti durian... :D

Duk tenung2... Sana sini orang berniaga.. jeles pun ada... gigih diorg berniaga... katanya buat duit lebih untuk Hari Raya... Pakcik pun kengkadang terfikir nak jugak cari duit lebih berniaga di bulan Ramadhan ni.. Nak bukak gerai jual makanan tapi tak pandai masak.. tatau laa plak nak meniaga apa.. nak jual baju raya??? modal tadak.. apa laa Pakcik nak buek... jadi pengguna jer lah.. kang tadak plak org nak jadi pembeli kalau semua meniaga... wakakaka... Berangan jer Pakcik ni... 

Apapun yang Pakcik nak cakap kat sini.. Kita sebagai pengguna... jangan laa kalau pegi PaRam tuu jadi lupa diri.. mentang2 banyak pilihan dan lauk pauk yang tempting tuu.. kita TERRRBELI banyak sangat... Tau laa perut tengah keroncong.. itu ini nak... bila dah lepas buka puasa.. membazir jer kojer.. ish ish ish.. Org lain buat duit.. kita pulak buang duit... Tak mau raya ka??? hehehe

So sama2 lah kita berjimat dan berpada... membazir amalan Syaitan... so kita jauhkan.. 

Wallahua'lam..

Rabu, 3 Ogos 2011

~ Kemaafan Dendam Terindah ~

Tepat jam 10.39PM lalu.. Pakcik menerima bingkisan email memohon maaf dari seseorang yang pernah pakcik sayang dan hormati.. Hadir warkah berkenaan.. memohon maaf atas kesilapan dan keterlanjuran tuduhannya terhadap Pakcik.. dan tidak pernah menghargai akan apa yang pernah Pakcik lakukan buatnya... jujurnya Pakcik buntu.. keliru... kepedihan dan kesakitan yang Pakcik alami kerana tindakan yang dilakukan ke atas Pakcik... sememangnya tak dapat Pakcik maafkan.. sememangnya sukar... Pakcik cuba mencari damai di hati.. tapi Pakcik tak mampu memberi kemaafan pada insan tersebut..

Sebelum ini... Pakcik telah memaafkan atas perilakunya terhadap Pakcik.. Pakcik tak membenci dia.. malah masih menghormatinya.. Pakcik cuba pujuk hati untuk masih bersahabat dengannya.. keadaan pada awalnya seperti tiada apa2..

Tapi beberapa hari lalu... sebelum menunaikan ibadah puasa.. Pakcik telah menerima 'utusan terakhir' berbau penghinaan.. fitnah.. serta herdikan yang cukup pahit untuk Pakcik telan...Walau pada dasarnya telahan yang dibuat kepada Pakcik tak berasas dan fitnah... Meredhakan apa yang telah dilakukan terhadap Pakcik.. cukup pahit.. hanya Allah saja yang tahu betapa luluhnya hati Pakcik setelah membaca warkah tersebut... Ibarat nyawa disentap dari jasad... Allahuakbar...

Hilang segala rasa hormat terhadapnya.. kemaafan yang telah diberikan bagai tiada makna kerana apa yang Pakcik berhadapan saat itu such a big insult!!

Saat ini Pakcik tak tahu samada Pakcik mampu untuk memaafkan ataupun tidak.. Walau ada yang berkata 'sedangkan Nabi ampunkan umatnya'... Tapi Pakcik bukan Nabi... Pakcik bukanlah insan yang kuat untuk memaafkan penghinaan dan fitnah sebegitu rupa...

Ya.. mungkin senang bagi dirinya menyatakan maaf.. tapi mampukah dia bersihkan kotoran yang pernah dia lakukan hingga nama baik Pakcik tercemar?? Maaflah... Pakcik juga punya ego sendiri.. Pakcik juga ada maruah... Biarlah dia berhadapan dengan Allah atas perbuatan yang pernah dilakukan terhadap Pakcik...

InsyaAllah... Pakcik cuba memaafkan juga suatu hari nanti... tapi kemaafan ini akan menjadi "Kemaafan Dendam yang Terindah" buat Pakcik...

Wallahua'lam..