Khamis, 11 Ogos 2011

~ Mulut Longkang ~

Dengar saja tajuk ni pasti pembaca blog Pakcik akan terkezut... "Pakcik maki hamun sapa lak ni?? dah laa bulan Romadhooonnnn..." yer tak?? xixixi... actually Pakcik nak cerita pasal single dari pendatang baru.. berketurunan Rungus-Dusun bernama Brenda Aruna Lundo Jumin atau mahu dikenali sebagai Brenda Londoh...


Single pertama anak kelahiran Kudat ini bertajuk 'Mulut Longkang' adalah hasil ciptaan Jasni Mohd Yaakub dan liriknya oleh Syeikh Qalam.. Pakcik dapat single ni sewaktu menghadiri rakaman Melodi Raya 2011..

Masa otw balik Pakcik dengar lagu ni best gak.. catchy.. Pakcik dgr ada element lagu MJ ~ Smooth Criminal dan ada sket2 style KRU punya lagu2 nasyid.. lagu berentak up-beat ini bleh layan time hati duk geram kat org yang jenis mulut longkang and try to forget it... Pakcik sangat suka liriknya yang sangat direct!!
**teringin gak Pakcik nak tuju lagu ni kat yang mulut cam longkang dok mengata kat Pakcik.. (kisah benar nih).. xixixi

Mai kita dengar sket sedutan dari buah tangan pertama Brenda Londoh...



Kalau sapa2 minat nak dapat lagu ni bleh laa muat turun dari eRema Records (syarikat rakaman Brenda bernaung).. tapi yer lah kena bayor laa.. harga dia 3 hengget sajork.. (zaman skang tadak pree pree punyer).. :)

Rupanya si Brenda ni adalah pelajar Aswara dalam bidang muzik.. dia juga sepupu kepada penyanyi dan pelakon yang digilap dari rancangan realiti Akademi Fantasia Musim ke-3.. Marsha Milan Londoh... Harap2 diorang berdua sama2 berjaya dipersada seni tanahair...


Sapa2 yang nak ikuti perkembangan penyanyi bersuara unik ni bolehlah pergi ke Facebook Fanpage atau ke Blogspot Brenda Londoh...

Dengar2 si Brenda ni telah diberi kepercayaan merakamkan lagu ciptaan Yovie Widianto bertajuk 'Manusia Biasa' yang telah pun dirakam sebelumnya oleh Yovie & Nuno di dalam album terbarunya 'Winning 11'.. Lagu tersebut dirakam semula untuk dijadikan runut bunyi bagi filem 'Gerimis Mengundang' yang pergambarannya dibuat di Negeri di Bawah Bayu oleh pengarah yang tak asing lagi iaitu Ahmad Idham... Tahniah diucapkan pada Brenda..

So hangpa yang duk hangguk2 kepala dengaq preview lagu 'Mulut Longkang' tuu apa lagi?? pii laa donlot!! Layaaannnnnn.. zaaassssss.. ;p

p/s : cam promoter plak aku nih... LOL

3 ulasan:

  1. MULUT LONGKANG~~~~~~ busuk punya mulut... hahaha... memang Ammi pun suka jugak lagu ni.. lirik dia memang best... tuju tepat pada individu-individu yang mulut macam longkang yang dekat2 umah Ammi tu.. bau padu menyengat kalbu...

    mantap... keep it up Brenda...

    regard,
    ammibear.com

    BalasPadam
  2. Eames.. : napa???

    Az : hahaha... dan yang sewaktu dengannya.. :)

    BalasPadam