Ahad, 31 Julai 2011

~ Harapan Ramadhan ~

Assalamualaikum w.b.t buat sahabat2 Pakcik sekalian..

Esok adalah hari baru.. bulan yang dinanti2.. bulan yang penuh keberkatan.. bulan untuk kita menyucikan diri.. agar lebih dekat pada pencipta kita..  Termenung juga Pakcik seketika.. Adakah amal ibadat Pakcik selama ini diterima Allah.. dengan segala kekurangan diri Pakcik.. yang sering lupa dan alpa.. cukupkah amal ibadah selama ini.. apatah lagi amal ibadat yang diterlupakan... sayu gak hati Pakcik bila merenung ke dalam diri sendiri.. adakah Pakcik akan digolongkan bersama2 orang yang beriman dan di tempatkan bersama golongan Jannah bila saat Pakcik 'pergi' sudah tiba...

Mungkin kesilapan lalu Pakcik tak mampu untuk mengubahnya.. tapi apa yang ada di depan mata.. moga Pakcik dapat jalani dgn lebih baik dan berada dijalanNya.. Jadi harapan Pakcik dgn hadirnya Ramadhan kali ini... Ia lebih bermakna dan lebih sempurna...

Di sini juga Pakcik mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menjalani berpuasa kepada seluruh saudara Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia. Moga kita sama2 jalaninya ngan tenang dan Tawadhu'...

Wassalam...

p/s : jangan lupa pi Terawih malam ni.. :D



Sabtu, 30 Julai 2011

~ Uncertain Love ~

Pakcik ada berborak dgn teman Pakcik minggu lepas.. tentang satu topik yang agak menarik bagi Pakcik.. yakni.. "Bagaimana kalau kita sebagai seorang bapa.. Kita nak pastikan yang bakal menantu kita akan menjaga anak kita dengan baik dan memberi kasih sayang yang cukup hingga hari tua?"

Termenung juga Pakcik dibuatnya... sebab bagi Pakcik.. it is always uncertainty and lots of probabilities in relationships.. Macam2 lah jawapan yang bermain di benak Pakcik.. dipendekkan citer.. jawapannya senang saja.. cuma lihat pada tindak tanduk dan perilaku ibubapa @ penjaga bakal menantu... kalau masih sayang menyayang... saling mencintai... dan kalau lihat bergurau senda dan masih berpimpin tangan.. Itu yang terbaik.. dan jika sebaliknya.. pasti tidak menjamin kebahagian anak kita... :)

Logiknya senang.. Anak akan melihat tingkah laku ibubapa @ penjaganya.. dan di sanalah dia mengetahui serta belajar erti kasih sayang dan cinta.. dgn kata lain ibubapa @ penjagalah yang menjadi role model  kepada anak2 untuk mengikut jejak langkah...  



Melihat dari sudut lain... kita sebagai insan pasti ada rasa cinta dan kasih sayang... tapi pernahkah kita terfikir.. sejauh mana kasih sayang itu?? apa yang kita mahu dalam sesebuah perhubungan?? Lain orang lain pandangan... bukanlah Pakcik ni doktor cinta.. tapi bagi sudut renungan Pakcik.. dan dari apa yang Pakcik lalui.. sebelum atau pada saat kita memutuskan untuk menjalinkan hubungan kasih, sayang dan cinta dgn seseorang... Harus kita bertanya pada diri sendiri... akan keikhlasan kita.. 

Satu lagi persoalan yang harus di tanya adalah "Adakah aku akan berada di sisinya saat dia memerlukan atau setidak2nya adakah aku akan menjadi org yang tampil menghulurkan bantuan saat dia susah mahupun sakit?" kalau jawapannya adalah YA.. maka anda ikhlas dan benar2 inginkan perhubungan itu.. dan jika TIDAK.. lebih baik jangan teruskan hubungan tiada makna itu.. malah akan membawa beban dalam hidup anda dan menyiksa hati orang yang berharapkan ketulusan anda..

Sama2 kita fikir dan renungkan... Wassalam

Rabu, 27 Julai 2011

~ Small Stopping Island ~

Baru2 ni sebelum ke KK, Pakcik dgn beberapa sahabat photographer (walaupun Pakcik bukan la photographer) ada pi ke Pulau Perhentian Kecil, Terengganu. Sambil jenjalan, sambil duk usha apa yang menarik kat sana.. Inilah kali pertama Pakcik sampai ke sana.. Tapi Pakcik pegi satu malam jer.. Plan nak pi tahun lalu lagi tapi duk tangguh2 ni laa baru leh pi...



Untuk ke sana haruslah menaiki bot dan jeti utk ke Stopping Island ni terletak di Kuala Besut. Kami masuk ke pulau tuu ber5.. bersama tourist guide a.k.a pemilik Anjung Holidays yg juga sahabat kami.. En. Saiful Azri namanya.. Kepada sapa yang minat nak pegi Pulau Perhentian.. leh laa berhubung terus dgn Encik Saiful...




Sesampai di sana, kami teruja dgn keindahan pulau tersebut... dgn air yang jernih dan persekitaran semulajadi yang masih terjaga.. kalau sesapa nak buat klip video sendiri... sesuai amat laa buat kat sini... ahaks...

Cuma yer laa... dalam best2 pun ada gak yang tak best.. tang makan... mang-ai... masin mak datuk!! Dah laa kami haus cam duk padang pasir... dapat makanan masin lak.. so disarankan yang nak duk Pulau Perhentian Kecil ni.. kena laa pandai2 bawak makanan sendiri kalau nak sedap.. huhuhu... Tapi Pakcik difahamkan makanan kat Pulau Perhentian Besar sedap la plak... tak der laa masin2 bagai ni.. :)

Pegi kat sana kena pandai2 booking hotel kalau nak pi hujung minggu... memang akan ramai org.. mujur kami pergi tuu weekdays.. kurang lah sket orang.. kalau tak tidur berbumbungkan langit jer laa..

Di sini Pakcik sertakan gambar2 percutian kami ke sana... Banyak laa plak gambar Pakcik yang dimanipulasi depa.. kena paksa jadi model tak bergaji dek member2.. walaupun muka pakcik tak lawo dan saiz pakcik yang sebesar rebana ini... bwa ha ha... ;p






Malamnya plak.. sambil duk lepak isap rokok & borak2.. sempat lak ambil gambar rembulan yang bersinar indah di malam yang tenang selepas hujan.. :)




Kira percutian ke sana antara percutian yang menyeronokkan bagi Pakcik... yeayyy!! best best!!

Selasa, 26 Julai 2011

~ Gisom Sogigisom ~

Pakcik baru jer sebenarnya pulang dari Kota Kinabalu, Sabah.. Ini adalah kunjungan ke-3 Pakcik ke sana... Kali pertama tahun lalu.. tahun ni 2 kali... silap haribulan Pakcik pegi lagi November ni ke sana.. hehehe.. memang KK adalah destinasi kegemaran Pakcik la.. I always wish to settle down there.. pendek kata KK sangat kena dengan jiwa Pakcik.. :)

Pakcik pegi sana dengan family kali ini.. tapi sempat laa juga kena kidnap ngan teman Pakcik kat sana.. Nantilah Pakcik buh kat entry lain tentang kunjungan Pakcik ke sana.. Yang pakcik nak cerita sket kat sini.. Pakcik tertarik dgn budi bahasa orang2 di sana... dengar cara orang sana bercakap memang nyaman... Pakcik leh jatuh chenta laa.. ;p

Tajuk entry ni "Gisom Sogigisom" bermakna 'selama-lamanya'.. tuu laa dia salah satu patah kata dari Bahasa Dusun yang katanya dah makin dilupakan... Menurut teman Pakcik yang bernama Walter.. Sekarang generasi Dusun sudah kurang berbahasa Dusun... Oleh itu lagu2 banyak ditulis dan digubah untuk halwa telinga penduduk di sana menggunakan bahasa tersebut... Pakcik pun teringin nak belajar cakap Dusun.. :D

Jadi kat sini Pakcik nak kongsi lagu yang pakcik suka dengar dalam Bahasa Dusun.. Lagu ni bertajuk "Tanak Kampung" yang bermaksud Anak Kampung yang dinyanyikan oleh Jimmy Palikat.. catchy gak laa lagu ni... semoga terhibur.. :)  




Isnin, 25 Julai 2011

~ Buka Bicara ~

**Thanks to Joshua Yap for this wonderful photo

Assalamualaikum w.b.t...

Dah sekian lama Pakcik Kopi tak menulis.. dah rasa kekok dan kadang risau juga bila apa yang dikongsi disalah tafsir.. Lalu Pakcik mendiamkan diri... Sudah lebih setahun pun Pakcik tak ber'blog' nie... huhuhu... dulu Pakcik ada laa menulis.. tapi ya lah... itu sumer dah jadi kenangan..

Apapun Pakcik Kopi putuskan untuk menulis semula kerana setelah mengumpul kekuatan dengan berkata pada diri.. "aku menulis bukan kerna nama".. malah teman2 juga ada bagi semangat dan kadang hidup juga sunyi tanpa berkongsi dan tertekan bila menangggung rasa sendiri... Jadi apa salah kiranya Pakcik jadikan blog ini untuk meluah rasa.. biarpun kadang berat untuk mengungkapkan.. serta berkongsi pengalaman.. samada gembira atau duka.. sudilah kiranya yang baik jadikan panduan.. yang salah jadikan sempadan... yang terkurang tolong tegurkan... yang terlanjur moga dimaafkan.. :)

Sebelumnya... Pakcik juga ingin memohon maaf kerana bahasa yang Pakcik Kopi guna kat sini.. sangat laa slanga dan rojak.. in another word.. 'CAMPURization'..  kalau yang tak faham tuu ampun dipinta... campur bahasa sana sini... sebab Pakcik Kopi kalau bercakap pun memang lagu ni... :D

Pasti ada yang bertanya... Kenapa guna nama 'Pakcik Kopi'?? Tak kan laa dalam kad pengenalan pun nama Pakcik Kopi yer tak??? Kisahnya begini... dulu Pakcik dari kecil (walaupun badan sebesar rebana dari dulu sampai sekarang) suka amat minum kopi... terutama Kopi 'O' Ais dan Nescafe... maka Pakcik secara tak langsung sedari hidup Pakcik tak lengkap tanpa Kopi... kalau tak minum kopi sehari.. mula laa kepala cam fenin2... Lagipun dulu Pakcik ada join satu komuniti internet yang juga menyiarkan lagu2 di situ.. Oleh kerana terlalu minat akan musik... Maka Pakcik menjadi DJ di siaran radio tersebut secara sukarela... di situ Pakcik dikenali sebagai DJ Kopi.. Bagi mereka yang pernah join komuniti tersebut mungkin kenal akan Pakcik ni (perasan laa jap)... al-kisahnya... panjang pulak yer Pakcik celoteh... ;p

Diharap yang nak baca blog Pakcik ni tak laa jemu dan bosan jenguk blog Pakcik yang tak seberapa ni.. dan diucapkan terima kasih banyak2...

Wassalam...
Pakcik Kopi a.k.a DJ Kopi