Baru2 ni sebelum ke KK, Pakcik dgn beberapa sahabat photographer (walaupun Pakcik bukan la photographer) ada pi ke Pulau Perhentian Kecil, Terengganu. Sambil jenjalan, sambil duk usha apa yang menarik kat sana.. Inilah kali pertama Pakcik sampai ke sana.. Tapi Pakcik pegi satu malam jer.. Plan nak pi tahun lalu lagi tapi duk tangguh2 ni laa baru leh pi...
Untuk ke sana haruslah menaiki bot dan jeti utk ke Stopping Island ni terletak di Kuala Besut. Kami masuk ke pulau tuu ber5.. bersama tourist guide a.k.a pemilik Anjung Holidays yg juga sahabat kami.. En. Saiful Azri namanya.. Kepada sapa yang minat nak pegi Pulau Perhentian.. leh laa berhubung terus dgn Encik Saiful...
Sesampai di sana, kami teruja dgn keindahan pulau tersebut... dgn air yang jernih dan persekitaran semulajadi yang masih terjaga.. kalau sesapa nak buat klip video sendiri... sesuai amat laa buat kat sini... ahaks...
Cuma yer laa... dalam best2 pun ada gak yang tak best.. tang makan... mang-ai... masin mak datuk!! Dah laa kami haus cam duk padang pasir... dapat makanan masin lak.. so disarankan yang nak duk Pulau Perhentian Kecil ni.. kena laa pandai2 bawak makanan sendiri kalau nak sedap.. huhuhu... Tapi Pakcik difahamkan makanan kat Pulau Perhentian Besar sedap la plak... tak der laa masin2 bagai ni.. :)
Pegi kat sana kena pandai2 booking hotel kalau nak pi hujung minggu... memang akan ramai org.. mujur kami pergi tuu weekdays.. kurang lah sket orang.. kalau tak tidur berbumbungkan langit jer laa..
Di sini Pakcik sertakan gambar2 percutian kami ke sana... Banyak laa plak gambar Pakcik yang dimanipulasi depa.. kena paksa jadi model tak bergaji dek member2.. walaupun muka pakcik tak lawo dan saiz pakcik yang sebesar rebana ini... bwa ha ha... ;p
Malamnya plak.. sambil duk lepak isap rokok & borak2.. sempat lak ambil gambar rembulan yang bersinar indah di malam yang tenang selepas hujan.. :)
Kira percutian ke sana antara percutian yang menyeronokkan bagi Pakcik... yeayyy!! best best!!
nice skali gambar2nye...hehhe.
BalasPadamlaut? wow. my bloody fav!
BalasPadam