Isnin, 25 Julai 2011

~ Buka Bicara ~

**Thanks to Joshua Yap for this wonderful photo

Assalamualaikum w.b.t...

Dah sekian lama Pakcik Kopi tak menulis.. dah rasa kekok dan kadang risau juga bila apa yang dikongsi disalah tafsir.. Lalu Pakcik mendiamkan diri... Sudah lebih setahun pun Pakcik tak ber'blog' nie... huhuhu... dulu Pakcik ada laa menulis.. tapi ya lah... itu sumer dah jadi kenangan..

Apapun Pakcik Kopi putuskan untuk menulis semula kerana setelah mengumpul kekuatan dengan berkata pada diri.. "aku menulis bukan kerna nama".. malah teman2 juga ada bagi semangat dan kadang hidup juga sunyi tanpa berkongsi dan tertekan bila menangggung rasa sendiri... Jadi apa salah kiranya Pakcik jadikan blog ini untuk meluah rasa.. biarpun kadang berat untuk mengungkapkan.. serta berkongsi pengalaman.. samada gembira atau duka.. sudilah kiranya yang baik jadikan panduan.. yang salah jadikan sempadan... yang terkurang tolong tegurkan... yang terlanjur moga dimaafkan.. :)

Sebelumnya... Pakcik juga ingin memohon maaf kerana bahasa yang Pakcik Kopi guna kat sini.. sangat laa slanga dan rojak.. in another word.. 'CAMPURization'..  kalau yang tak faham tuu ampun dipinta... campur bahasa sana sini... sebab Pakcik Kopi kalau bercakap pun memang lagu ni... :D

Pasti ada yang bertanya... Kenapa guna nama 'Pakcik Kopi'?? Tak kan laa dalam kad pengenalan pun nama Pakcik Kopi yer tak??? Kisahnya begini... dulu Pakcik dari kecil (walaupun badan sebesar rebana dari dulu sampai sekarang) suka amat minum kopi... terutama Kopi 'O' Ais dan Nescafe... maka Pakcik secara tak langsung sedari hidup Pakcik tak lengkap tanpa Kopi... kalau tak minum kopi sehari.. mula laa kepala cam fenin2... Lagipun dulu Pakcik ada join satu komuniti internet yang juga menyiarkan lagu2 di situ.. Oleh kerana terlalu minat akan musik... Maka Pakcik menjadi DJ di siaran radio tersebut secara sukarela... di situ Pakcik dikenali sebagai DJ Kopi.. Bagi mereka yang pernah join komuniti tersebut mungkin kenal akan Pakcik ni (perasan laa jap)... al-kisahnya... panjang pulak yer Pakcik celoteh... ;p

Diharap yang nak baca blog Pakcik ni tak laa jemu dan bosan jenguk blog Pakcik yang tak seberapa ni.. dan diucapkan terima kasih banyak2...

Wassalam...
Pakcik Kopi a.k.a DJ Kopi

2 ulasan: