Termenung juga Pakcik dibuatnya... sebab bagi Pakcik.. it is always uncertainty and lots of probabilities in relationships.. Macam2 lah jawapan yang bermain di benak Pakcik.. dipendekkan citer.. jawapannya senang saja.. cuma lihat pada tindak tanduk dan perilaku ibubapa @ penjaga bakal menantu... kalau masih sayang menyayang... saling mencintai... dan kalau lihat bergurau senda dan masih berpimpin tangan.. Itu yang terbaik.. dan jika sebaliknya.. pasti tidak menjamin kebahagian anak kita... :)
Logiknya senang.. Anak akan melihat tingkah laku ibubapa @ penjaganya.. dan di sanalah dia mengetahui serta belajar erti kasih sayang dan cinta.. dgn kata lain ibubapa @ penjagalah yang menjadi role model kepada anak2 untuk mengikut jejak langkah...
Melihat dari sudut lain... kita sebagai insan pasti ada rasa cinta dan kasih sayang... tapi pernahkah kita terfikir.. sejauh mana kasih sayang itu?? apa yang kita mahu dalam sesebuah perhubungan?? Lain orang lain pandangan... bukanlah Pakcik ni doktor cinta.. tapi bagi sudut renungan Pakcik.. dan dari apa yang Pakcik lalui.. sebelum atau pada saat kita memutuskan untuk menjalinkan hubungan kasih, sayang dan cinta dgn seseorang... Harus kita bertanya pada diri sendiri... akan keikhlasan kita..
Satu lagi persoalan yang harus di tanya adalah "Adakah aku akan berada di sisinya saat dia memerlukan atau setidak2nya adakah aku akan menjadi org yang tampil menghulurkan bantuan saat dia susah mahupun sakit?" kalau jawapannya adalah YA.. maka anda ikhlas dan benar2 inginkan perhubungan itu.. dan jika TIDAK.. lebih baik jangan teruskan hubungan tiada makna itu.. malah akan membawa beban dalam hidup anda dan menyiksa hati orang yang berharapkan ketulusan anda..
Sama2 kita fikir dan renungkan... Wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan