Selasa, 26 Julai 2011

~ Gisom Sogigisom ~

Pakcik baru jer sebenarnya pulang dari Kota Kinabalu, Sabah.. Ini adalah kunjungan ke-3 Pakcik ke sana... Kali pertama tahun lalu.. tahun ni 2 kali... silap haribulan Pakcik pegi lagi November ni ke sana.. hehehe.. memang KK adalah destinasi kegemaran Pakcik la.. I always wish to settle down there.. pendek kata KK sangat kena dengan jiwa Pakcik.. :)

Pakcik pegi sana dengan family kali ini.. tapi sempat laa juga kena kidnap ngan teman Pakcik kat sana.. Nantilah Pakcik buh kat entry lain tentang kunjungan Pakcik ke sana.. Yang pakcik nak cerita sket kat sini.. Pakcik tertarik dgn budi bahasa orang2 di sana... dengar cara orang sana bercakap memang nyaman... Pakcik leh jatuh chenta laa.. ;p

Tajuk entry ni "Gisom Sogigisom" bermakna 'selama-lamanya'.. tuu laa dia salah satu patah kata dari Bahasa Dusun yang katanya dah makin dilupakan... Menurut teman Pakcik yang bernama Walter.. Sekarang generasi Dusun sudah kurang berbahasa Dusun... Oleh itu lagu2 banyak ditulis dan digubah untuk halwa telinga penduduk di sana menggunakan bahasa tersebut... Pakcik pun teringin nak belajar cakap Dusun.. :D

Jadi kat sini Pakcik nak kongsi lagu yang pakcik suka dengar dalam Bahasa Dusun.. Lagu ni bertajuk "Tanak Kampung" yang bermaksud Anak Kampung yang dinyanyikan oleh Jimmy Palikat.. catchy gak laa lagu ni... semoga terhibur.. :)  




3 ulasan: