Selasa, 20 Disember 2011

Macam2 ~ Serius & Lawak

Pakcik ada godek2 youtube last few days... tertengok laa video ni...

Sket punya garang panglima2 nih.. marah betul pada mahasiswa yang kurang ajar yang berani buat demonstrasi kat PWTC.. Memang tak patut pun budak2 tuu jadi 'barua'.. tatau laa apa nak jadik... fenin2...

Anyway.. pakcik ada laa plak tgk another video yang ini...

Hahaha.. lawak dowh... bengong jugak budak2 ni buat 'parody'... apa ke benda laa budak2 ni pikir pun tatau... myspace ngan facebook pun mau gaduh ka?? kretif gak diorang..  tapi serious lawak budak2 ni..

Selepas dianalisis... kedua-dua video ni menggunakan style ludahan yang sama... 'puiiiiiiiiii'... bwa ha ha..

Isnin, 5 Disember 2011

Siapa sebenarnya ~ Wong Fei Hong ~ ? (Part 2)

Patung duduk di Muzium Wong Fei Hung yang terletak di daerah Fu Shan, China 

Dasar-dasar jurus Hung Gar ditemukan, dikembangkan dan merupakan andalan dari Hung Hei-Kwun, abang seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang terlepas dari peristiwa pembakaran dan pembantaian oleh pemerintahan Dinasti Ch’in pada 1734. Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan dinasti penjajah Ch’in yang datang dari Manchuria (sekarang dikenali  sebagai Korea). Jika saja pemerintah Ch’in tidak meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, Inggris, Jepun),pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu nescaya akan berjaya mengusir pendudukan Dinasti Ch’in.Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi ahli perubatan dan beladiri terkemuka. Bahkan ia berjaya mengembangkannya menjadi lebih maju.

Kemampuan beladirinya semakin sulit ditandingi ketika ia berhasil membuat jurus baru yang sangat taktis namun efisien yang dinamakan Jurus Cakar Macan dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus. Selain dengan tangankosong, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata. Masyarakat Canton pernah menyaksikan langsung dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana ia seorang diri dengan hanya memegang tongkat berjaya menewaskan lebih dari 30 orang jagoan pelabuhan berbadan kekar dan kejamdi Canton yang mengeroyoknya karana ia membela rakyat miskin yang akan mereka peras.

Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai cobaan. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu insiden perkelahian dengan mafia Canton .
Wong Fei-Hung tiga kali menikah karena isteri-isterinya meninggal dalam usia pendek. Setelah isteri ketiganya meninggal, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup sendiri sampai kemudian ia bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan muda yang kebetulan juga ahli beladiri. Mok Gwai Lan ini kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat. Mok Gwai Lan turut mengajar beladiri pada kelas khusus perempuan di perguruan suaminya.
Ilustrasi Wong Fei-Hung

Pada 1924 Wong Fei-Hung meninggal dalam usia 77 tahun. Masyarakat Cina, khususnya di Kwantung dan Canton mengenangnya sebagai pahlawan pembela kaum mustad’afin(tertindas) yang tidak pernah gentar membela kehormatan mereka. Siapapun dan berapapun jumlah orang yang menindas orang miskin, akan dilawannya dengan segenap kekuatan dan keberanian yang dimilikinya.

Wong Fei-Hung meninggal dengan meninggalkan nama harum yang membuatnya dikenal sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah kepada seorang muslim selain mati Syahid. Semoga segala amal ibadahnya diterima di sisi Allah Swt dan semoga segala kebaikannya menjadi teladan bagi kita, generasi muslim yang hidup setelahnya. Amiin.

(Tidak menghairankan sekiranya Manchu sebagai maharaja terakhir China di gambarkan sesegitu rupa bagi menghalalkan kerajaan komunis sedia ada di China). (Petikan dari Blog Negara Kedah)

Ahad, 4 Disember 2011

Siapa sebenarnya ~ Wong Fei Hong ~ ? (Part 1)

Dikatakan ini adalah satu2nya gambar Wong Fei Hung yang masih ada

Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jagoan Kung fu dalam film “Once Upon A Time in China”.Dalam filem itu, karakter Wong Fei Hung dimainkan oleh aktor terkenal Hong Kong, Jet Li.  Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung? Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, Ahli Perubatan, dan Ahli Beladiri legendaris yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China. Namun Pemerintah China sering berupaya mengaburkan jatidiri Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga imej kekuasaan Komunis di China.

Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais.Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila di-bahasa-arab- kan, namanya ialah Faisal Hussein Wong. Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, dan tabib ahli ilmu penrubatan tradisional, serta ahli beladiri tradisional Tiongkok (wushu/kungfu). Ayahnya memiliki sebuah klinik perubatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota Guandong).  (Harus di ingat gelaran fei ini juga merujuk kepada orang-orang cina muslim di negara kita seketika dahulu,ie, kumpulan Hai San di Perak).

Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu tingkat tinggi.Ketinggian ilmu beladiri Wong Kay-Ying membuatnya dikenal sebagai salah satu dari Sepuluh Macan(Harimau)Kwantung. Posisi Macan Kwantung ini di kemudian hari diwariskannya kepada Wong Fei Hung. Kombinasi antara pengetahuan ilmu perubatan tradisional dan teknik beladiri serta ditunjang oleh keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering turun tangan membantu orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu. Kerana itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati keluarga Wong.
Ilustrasi Wong Fei-Hung

Pesakit klinik keluarga Wong yang meminta bantuan perubatan umumnya berasal dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar kos perubatan. Walau begitu, Keluarga Wong tetap membantu setiap pesakit yang datang dengan sungguh-sungguh. Keluarga Wong tidak pernah memilih bulu dalam membantu, tanpa memedulikan suku, ras, agama, semua dibantu tanpa pilih kasih.

Secara rahsia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Dinasti Ch’in yang rasuah dan penindas. Dinasti Ch’in ialah Dinasti yang merobuhkan kekuasaan Dinasti Yuan yang memerintah sebelumnya. Dinasti Yuan ini dikenal sebagai satu-satunya Dinasti Kaisar Cina yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama Islam.Wong Fei-Hung mula mengasah bakat beladirinya sejak berguru kepada Luk Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi inilah yang kemudian mengajarnya dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung berjaya melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang menjadi lagenda.

Khamis, 13 Oktober 2011

Thanks Nuffnang & TGV

Hey.. my birthday is just around the corner... and what makes me happier is I got free 4 tickets to watch movies at TGV... I would like to say thanks to Nuffnang & TGV for the free passes... It'll make my birthday happier this year..!! Yipeee!!


Can't wait to celebrate my birthday soon... yihaaaaa!!!

Isnin, 15 Ogos 2011

~ Instagram - kekwat ~

Hari ni Pakcik nak citer pasal satu app.. yang hanya serve untuk iPhone/iPod Touch/iPad... iaitu Instagram... sangat kekwat app ini... hingga Smart Phone yang lain seperti Android dan BlackBerry tak hadenya dapek guna app ni.. Jeles nihhhh.. sbb Pakcik pakai Android phone..

Pakcik antara pengguna Android yang tunggu kehadiran Instagram for Android.. walaupun dah 8 bulan dah dia launch di App Store... tapi sampai hari ni tadak berita... 

Instagram ni adalah app yang membolehkan pengguna iPhone/iPod Touch/iPad mengambil foto dan lokasi seterusnya gambar berkenaan boleh di'edit' dengan menggunakan filter untuk menghasilkan effect yang lebih terkesan. Kemudian foto tersebut boleh dikongsi secara terus ke Facebook, Twitter, Flickr, Email, Tumblr, Foursquare, Posterous. App ini boleh didapati secara percuma kat App Store... sekali lagi hanya bagi pengguna iPhone/iPod Touch/iPad sahaja... **mata pandang atas!!

  VS  

Pun begitu dengan adanya Lightbox yang seakan-akan Instagram sudah sangat mencukupi buat pengguna Android... walaupun filter nya tak sehebat Instagram.. tapi Lightbox ada menyediakan filter2 yang agak menarik... Foto yang diambil menggunakan Lightbox juga boleh di'crop' seperti Instagram.. malah rasanya Lightbox menyediakan perkongsian terus ke rangkaian sosial yang agak mencukupi iaitu melalui Facebook, Twitter, Flickr, Tumblr & Foursquare (walaupun tadak ke Email & Posterous). App Lightbox juga berupaya mengadakan apa yang mampu dilakukan oleh iCloud (juga untuk pengguna Mac sahaja)..

Anda boleh lihat sendiri keupayaan app Lightbox ini dalam kilp berikut :




Jadi.. kepada pengguna Android seperti Pakcik.. tak yah nak bersedih sbb tadak Instagram.. sbb kita ada Lightbox.. and kepada Instagram..tak payahlah nak kekwat bagai.. sbb Lightbox pun leh provide the same.. :)

-sekian-

Khamis, 11 Ogos 2011

~ Mulut Longkang ~

Dengar saja tajuk ni pasti pembaca blog Pakcik akan terkezut... "Pakcik maki hamun sapa lak ni?? dah laa bulan Romadhooonnnn..." yer tak?? xixixi... actually Pakcik nak cerita pasal single dari pendatang baru.. berketurunan Rungus-Dusun bernama Brenda Aruna Lundo Jumin atau mahu dikenali sebagai Brenda Londoh...


Single pertama anak kelahiran Kudat ini bertajuk 'Mulut Longkang' adalah hasil ciptaan Jasni Mohd Yaakub dan liriknya oleh Syeikh Qalam.. Pakcik dapat single ni sewaktu menghadiri rakaman Melodi Raya 2011..

Masa otw balik Pakcik dengar lagu ni best gak.. catchy.. Pakcik dgr ada element lagu MJ ~ Smooth Criminal dan ada sket2 style KRU punya lagu2 nasyid.. lagu berentak up-beat ini bleh layan time hati duk geram kat org yang jenis mulut longkang and try to forget it... Pakcik sangat suka liriknya yang sangat direct!!
**teringin gak Pakcik nak tuju lagu ni kat yang mulut cam longkang dok mengata kat Pakcik.. (kisah benar nih).. xixixi

Mai kita dengar sket sedutan dari buah tangan pertama Brenda Londoh...



Kalau sapa2 minat nak dapat lagu ni bleh laa muat turun dari eRema Records (syarikat rakaman Brenda bernaung).. tapi yer lah kena bayor laa.. harga dia 3 hengget sajork.. (zaman skang tadak pree pree punyer).. :)

Rupanya si Brenda ni adalah pelajar Aswara dalam bidang muzik.. dia juga sepupu kepada penyanyi dan pelakon yang digilap dari rancangan realiti Akademi Fantasia Musim ke-3.. Marsha Milan Londoh... Harap2 diorang berdua sama2 berjaya dipersada seni tanahair...


Sapa2 yang nak ikuti perkembangan penyanyi bersuara unik ni bolehlah pergi ke Facebook Fanpage atau ke Blogspot Brenda Londoh...

Dengar2 si Brenda ni telah diberi kepercayaan merakamkan lagu ciptaan Yovie Widianto bertajuk 'Manusia Biasa' yang telah pun dirakam sebelumnya oleh Yovie & Nuno di dalam album terbarunya 'Winning 11'.. Lagu tersebut dirakam semula untuk dijadikan runut bunyi bagi filem 'Gerimis Mengundang' yang pergambarannya dibuat di Negeri di Bawah Bayu oleh pengarah yang tak asing lagi iaitu Ahmad Idham... Tahniah diucapkan pada Brenda..

So hangpa yang duk hangguk2 kepala dengaq preview lagu 'Mulut Longkang' tuu apa lagi?? pii laa donlot!! Layaaannnnnn.. zaaassssss.. ;p

p/s : cam promoter plak aku nih... LOL

~ Melodi Raya 2011 ~

Pakcik baru jer pulang dari menghadiri acara berbuka puasa dan rakaman Melodi Raya 2011.. Kalau tak diajak oleh teman baik Pakcik... takder laa Pakcik merasa pegi tempat2 cenggini... Seronok juga pergi rakaman tuu... Ramai artis baru dan lama berhimpun..



Memang dari dulu lagi rakaman rancangan Melodi Raya sempena Aidilfitri diadakan pada minggu pertama atau kedua Ramadhan... Masa Pakcik kejer ngan Hotel Istana dulu (like 10 years back)... diorg selalu buat kat sana... Tapi kali ini venue di PWTC (Pusat Dagangan Dunia Putra)...

Sejak dari jam 6 petang kami berkumpul sambil menunggu kehadiran para jemputan dan artis-artis... selama menunggu tuu diorg macam biasa jumpa dan bertegur sapa, bertukar pandangan tentang karier masing2... hinggalah kami semua dijemput masuk ke dewan... Kami disambut dgn baik oleh krew bertugas...



Pakcik tgk arrangement dalam dewan agak teratur.. pun begitu masih ada jemputan yang tidak dapat duduk di dalam dewan.. ada yang terpaksa duduk di luar dewan.. rata2 semua seperti berpuas hati dgn acara yang dianjur oleh pihak TV3 walaupun terpaksa berdiri...



Makanan pun best2... Pakcik belasah Nasi Ayam... Sate... kuih muih... sebab depa hidang pakai buffet.. so apa lagi.. Pakcik balun tak hengat laa... sebenarnya banyak lagi yang dihidang.. tapi Pakcik jer yang tak larat nak telan.. pun begitu tetap Pakcik mulakan dengan kurma.. amik sunat laa katakan.. . :D

Yang Pakcik paling seronok tuu sebab Pakcik berkesempatan bergambar ngan Shila Amzah... Yeayyyy.. siap amik autograph lagi.. korang ada?? tak der nyer.. ;p Kalau nak amik gambar dgn diorg semua2.. martylarrr... ramai kot... but they're all very supporting... Thanks to Shila Amzah, Abg Man Bai dan Hazama yang sudi bergambar ngan Pakcik untuk kenang2an... :)




This gonna be one of memorable day in Ramadhan 2011 for me... Thanks to my buddy Had.. hugssss....

Rabu, 10 Ogos 2011

~ Luka di sini ~

Dulu..
Kau bisik kata cinta
Kau titip bait rindu
Kau kirim ucap bahagia
Kau utus bahasa kalbu

Mengapa kini..
Kau luah bibit benci
Kau laung rasa iri
Kau campak noda janji
Kau lontar hina keji

Bagimu..
aku tiada nilai
aku tak berharga
aku satu kesilapan
aku mungkir harapan

Sedarkah dirimu..
kamu lupa hormati aku
kamu gagal cintai aku
kamu hanya gunakan ku
kamu lemparkan tuduhan palsu..

Untuk apa?
Puaskan amarahmu?
Lepaskan sakitmu?
Kukuhkan egomu?
Pasakkan pendirianmu?

Yakinlah..
Tuhan hanya satu
Esok lusa sampai harimu
Rendah tinggi langit belum kau tahu
Terhumban dirimu.. tiada yang bantu..
Pergi kau jauh dari hidupku
Aku tak butuh akan dirimu

Maafkan aku... 
kau tak pantas buatku...
kerna aku luka di sini...

Khamis, 4 Ogos 2011

~ PaRam ~

Hari ni sudah masuk hari ke-4 kita berpuasa... sekejap pulak terasa.. kerja Pakcik pun tak siap2... martylarrr.. anyway.. Bulan Ramadhan ni sangat sinonim dengan Pasar Ramadhan... di Pasar Ramadhan pelbagai makanan dan minuman dijual untuk mereka yang tak sempat menyediakan juadah bagi berbuka puasa..

Pasar Ramadhan atau terkenal dikalangan kawan2 Pakcik dgn panggilan ringkas 'PaRam'... boleh di katakan beroperasi di lokasi yang menjadi tumpuan bagi setiap kawasan... Kalau dekat dgn tempat Pakcik ni.. ada PaRam TTDI, PaRam Kelana Jaya & PaRam Sunway... kalau nak juadah yang banyak leh pegi kat TTDI... Kalau nak semak otak.. sila pegi ke Sunway (bagi Pakcik laa).. dan kalau nak sedang2 and ok2 jer pilihan makanan.. sila lah berkunjung di KJ.... So Pakcik selalu pergi ke PaRam KJ... :)



PaRam Kelana Jaya ni terletak di SS 5 berdekatan dgn Giant lama (kecil).. memang kalau di KJ ni.. di situlah jadi pusat org berkunjung untuk cari makan2... kalau bukan bulan puasa kat situ memang ramai orang jual kuih muih beraneka pilihan.. termasuklah buah2an... seperti durian... :D

Duk tenung2... Sana sini orang berniaga.. jeles pun ada... gigih diorg berniaga... katanya buat duit lebih untuk Hari Raya... Pakcik pun kengkadang terfikir nak jugak cari duit lebih berniaga di bulan Ramadhan ni.. Nak bukak gerai jual makanan tapi tak pandai masak.. tatau laa plak nak meniaga apa.. nak jual baju raya??? modal tadak.. apa laa Pakcik nak buek... jadi pengguna jer lah.. kang tadak plak org nak jadi pembeli kalau semua meniaga... wakakaka... Berangan jer Pakcik ni... 

Apapun yang Pakcik nak cakap kat sini.. Kita sebagai pengguna... jangan laa kalau pegi PaRam tuu jadi lupa diri.. mentang2 banyak pilihan dan lauk pauk yang tempting tuu.. kita TERRRBELI banyak sangat... Tau laa perut tengah keroncong.. itu ini nak... bila dah lepas buka puasa.. membazir jer kojer.. ish ish ish.. Org lain buat duit.. kita pulak buang duit... Tak mau raya ka??? hehehe

So sama2 lah kita berjimat dan berpada... membazir amalan Syaitan... so kita jauhkan.. 

Wallahua'lam..

Rabu, 3 Ogos 2011

~ Kemaafan Dendam Terindah ~

Tepat jam 10.39PM lalu.. Pakcik menerima bingkisan email memohon maaf dari seseorang yang pernah pakcik sayang dan hormati.. Hadir warkah berkenaan.. memohon maaf atas kesilapan dan keterlanjuran tuduhannya terhadap Pakcik.. dan tidak pernah menghargai akan apa yang pernah Pakcik lakukan buatnya... jujurnya Pakcik buntu.. keliru... kepedihan dan kesakitan yang Pakcik alami kerana tindakan yang dilakukan ke atas Pakcik... sememangnya tak dapat Pakcik maafkan.. sememangnya sukar... Pakcik cuba mencari damai di hati.. tapi Pakcik tak mampu memberi kemaafan pada insan tersebut..

Sebelum ini... Pakcik telah memaafkan atas perilakunya terhadap Pakcik.. Pakcik tak membenci dia.. malah masih menghormatinya.. Pakcik cuba pujuk hati untuk masih bersahabat dengannya.. keadaan pada awalnya seperti tiada apa2..

Tapi beberapa hari lalu... sebelum menunaikan ibadah puasa.. Pakcik telah menerima 'utusan terakhir' berbau penghinaan.. fitnah.. serta herdikan yang cukup pahit untuk Pakcik telan...Walau pada dasarnya telahan yang dibuat kepada Pakcik tak berasas dan fitnah... Meredhakan apa yang telah dilakukan terhadap Pakcik.. cukup pahit.. hanya Allah saja yang tahu betapa luluhnya hati Pakcik setelah membaca warkah tersebut... Ibarat nyawa disentap dari jasad... Allahuakbar...

Hilang segala rasa hormat terhadapnya.. kemaafan yang telah diberikan bagai tiada makna kerana apa yang Pakcik berhadapan saat itu such a big insult!!

Saat ini Pakcik tak tahu samada Pakcik mampu untuk memaafkan ataupun tidak.. Walau ada yang berkata 'sedangkan Nabi ampunkan umatnya'... Tapi Pakcik bukan Nabi... Pakcik bukanlah insan yang kuat untuk memaafkan penghinaan dan fitnah sebegitu rupa...

Ya.. mungkin senang bagi dirinya menyatakan maaf.. tapi mampukah dia bersihkan kotoran yang pernah dia lakukan hingga nama baik Pakcik tercemar?? Maaflah... Pakcik juga punya ego sendiri.. Pakcik juga ada maruah... Biarlah dia berhadapan dengan Allah atas perbuatan yang pernah dilakukan terhadap Pakcik...

InsyaAllah... Pakcik cuba memaafkan juga suatu hari nanti... tapi kemaafan ini akan menjadi "Kemaafan Dendam yang Terindah" buat Pakcik...

Wallahua'lam..



Ahad, 31 Julai 2011

~ Harapan Ramadhan ~

Assalamualaikum w.b.t buat sahabat2 Pakcik sekalian..

Esok adalah hari baru.. bulan yang dinanti2.. bulan yang penuh keberkatan.. bulan untuk kita menyucikan diri.. agar lebih dekat pada pencipta kita..  Termenung juga Pakcik seketika.. Adakah amal ibadat Pakcik selama ini diterima Allah.. dengan segala kekurangan diri Pakcik.. yang sering lupa dan alpa.. cukupkah amal ibadah selama ini.. apatah lagi amal ibadat yang diterlupakan... sayu gak hati Pakcik bila merenung ke dalam diri sendiri.. adakah Pakcik akan digolongkan bersama2 orang yang beriman dan di tempatkan bersama golongan Jannah bila saat Pakcik 'pergi' sudah tiba...

Mungkin kesilapan lalu Pakcik tak mampu untuk mengubahnya.. tapi apa yang ada di depan mata.. moga Pakcik dapat jalani dgn lebih baik dan berada dijalanNya.. Jadi harapan Pakcik dgn hadirnya Ramadhan kali ini... Ia lebih bermakna dan lebih sempurna...

Di sini juga Pakcik mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menjalani berpuasa kepada seluruh saudara Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia. Moga kita sama2 jalaninya ngan tenang dan Tawadhu'...

Wassalam...

p/s : jangan lupa pi Terawih malam ni.. :D



Sabtu, 30 Julai 2011

~ Uncertain Love ~

Pakcik ada berborak dgn teman Pakcik minggu lepas.. tentang satu topik yang agak menarik bagi Pakcik.. yakni.. "Bagaimana kalau kita sebagai seorang bapa.. Kita nak pastikan yang bakal menantu kita akan menjaga anak kita dengan baik dan memberi kasih sayang yang cukup hingga hari tua?"

Termenung juga Pakcik dibuatnya... sebab bagi Pakcik.. it is always uncertainty and lots of probabilities in relationships.. Macam2 lah jawapan yang bermain di benak Pakcik.. dipendekkan citer.. jawapannya senang saja.. cuma lihat pada tindak tanduk dan perilaku ibubapa @ penjaga bakal menantu... kalau masih sayang menyayang... saling mencintai... dan kalau lihat bergurau senda dan masih berpimpin tangan.. Itu yang terbaik.. dan jika sebaliknya.. pasti tidak menjamin kebahagian anak kita... :)

Logiknya senang.. Anak akan melihat tingkah laku ibubapa @ penjaganya.. dan di sanalah dia mengetahui serta belajar erti kasih sayang dan cinta.. dgn kata lain ibubapa @ penjagalah yang menjadi role model  kepada anak2 untuk mengikut jejak langkah...  



Melihat dari sudut lain... kita sebagai insan pasti ada rasa cinta dan kasih sayang... tapi pernahkah kita terfikir.. sejauh mana kasih sayang itu?? apa yang kita mahu dalam sesebuah perhubungan?? Lain orang lain pandangan... bukanlah Pakcik ni doktor cinta.. tapi bagi sudut renungan Pakcik.. dan dari apa yang Pakcik lalui.. sebelum atau pada saat kita memutuskan untuk menjalinkan hubungan kasih, sayang dan cinta dgn seseorang... Harus kita bertanya pada diri sendiri... akan keikhlasan kita.. 

Satu lagi persoalan yang harus di tanya adalah "Adakah aku akan berada di sisinya saat dia memerlukan atau setidak2nya adakah aku akan menjadi org yang tampil menghulurkan bantuan saat dia susah mahupun sakit?" kalau jawapannya adalah YA.. maka anda ikhlas dan benar2 inginkan perhubungan itu.. dan jika TIDAK.. lebih baik jangan teruskan hubungan tiada makna itu.. malah akan membawa beban dalam hidup anda dan menyiksa hati orang yang berharapkan ketulusan anda..

Sama2 kita fikir dan renungkan... Wassalam

Rabu, 27 Julai 2011

~ Small Stopping Island ~

Baru2 ni sebelum ke KK, Pakcik dgn beberapa sahabat photographer (walaupun Pakcik bukan la photographer) ada pi ke Pulau Perhentian Kecil, Terengganu. Sambil jenjalan, sambil duk usha apa yang menarik kat sana.. Inilah kali pertama Pakcik sampai ke sana.. Tapi Pakcik pegi satu malam jer.. Plan nak pi tahun lalu lagi tapi duk tangguh2 ni laa baru leh pi...



Untuk ke sana haruslah menaiki bot dan jeti utk ke Stopping Island ni terletak di Kuala Besut. Kami masuk ke pulau tuu ber5.. bersama tourist guide a.k.a pemilik Anjung Holidays yg juga sahabat kami.. En. Saiful Azri namanya.. Kepada sapa yang minat nak pegi Pulau Perhentian.. leh laa berhubung terus dgn Encik Saiful...




Sesampai di sana, kami teruja dgn keindahan pulau tersebut... dgn air yang jernih dan persekitaran semulajadi yang masih terjaga.. kalau sesapa nak buat klip video sendiri... sesuai amat laa buat kat sini... ahaks...

Cuma yer laa... dalam best2 pun ada gak yang tak best.. tang makan... mang-ai... masin mak datuk!! Dah laa kami haus cam duk padang pasir... dapat makanan masin lak.. so disarankan yang nak duk Pulau Perhentian Kecil ni.. kena laa pandai2 bawak makanan sendiri kalau nak sedap.. huhuhu... Tapi Pakcik difahamkan makanan kat Pulau Perhentian Besar sedap la plak... tak der laa masin2 bagai ni.. :)

Pegi kat sana kena pandai2 booking hotel kalau nak pi hujung minggu... memang akan ramai org.. mujur kami pergi tuu weekdays.. kurang lah sket orang.. kalau tak tidur berbumbungkan langit jer laa..

Di sini Pakcik sertakan gambar2 percutian kami ke sana... Banyak laa plak gambar Pakcik yang dimanipulasi depa.. kena paksa jadi model tak bergaji dek member2.. walaupun muka pakcik tak lawo dan saiz pakcik yang sebesar rebana ini... bwa ha ha... ;p






Malamnya plak.. sambil duk lepak isap rokok & borak2.. sempat lak ambil gambar rembulan yang bersinar indah di malam yang tenang selepas hujan.. :)




Kira percutian ke sana antara percutian yang menyeronokkan bagi Pakcik... yeayyy!! best best!!

Selasa, 26 Julai 2011

~ Gisom Sogigisom ~

Pakcik baru jer sebenarnya pulang dari Kota Kinabalu, Sabah.. Ini adalah kunjungan ke-3 Pakcik ke sana... Kali pertama tahun lalu.. tahun ni 2 kali... silap haribulan Pakcik pegi lagi November ni ke sana.. hehehe.. memang KK adalah destinasi kegemaran Pakcik la.. I always wish to settle down there.. pendek kata KK sangat kena dengan jiwa Pakcik.. :)

Pakcik pegi sana dengan family kali ini.. tapi sempat laa juga kena kidnap ngan teman Pakcik kat sana.. Nantilah Pakcik buh kat entry lain tentang kunjungan Pakcik ke sana.. Yang pakcik nak cerita sket kat sini.. Pakcik tertarik dgn budi bahasa orang2 di sana... dengar cara orang sana bercakap memang nyaman... Pakcik leh jatuh chenta laa.. ;p

Tajuk entry ni "Gisom Sogigisom" bermakna 'selama-lamanya'.. tuu laa dia salah satu patah kata dari Bahasa Dusun yang katanya dah makin dilupakan... Menurut teman Pakcik yang bernama Walter.. Sekarang generasi Dusun sudah kurang berbahasa Dusun... Oleh itu lagu2 banyak ditulis dan digubah untuk halwa telinga penduduk di sana menggunakan bahasa tersebut... Pakcik pun teringin nak belajar cakap Dusun.. :D

Jadi kat sini Pakcik nak kongsi lagu yang pakcik suka dengar dalam Bahasa Dusun.. Lagu ni bertajuk "Tanak Kampung" yang bermaksud Anak Kampung yang dinyanyikan oleh Jimmy Palikat.. catchy gak laa lagu ni... semoga terhibur.. :)  




Isnin, 25 Julai 2011

~ Buka Bicara ~

**Thanks to Joshua Yap for this wonderful photo

Assalamualaikum w.b.t...

Dah sekian lama Pakcik Kopi tak menulis.. dah rasa kekok dan kadang risau juga bila apa yang dikongsi disalah tafsir.. Lalu Pakcik mendiamkan diri... Sudah lebih setahun pun Pakcik tak ber'blog' nie... huhuhu... dulu Pakcik ada laa menulis.. tapi ya lah... itu sumer dah jadi kenangan..

Apapun Pakcik Kopi putuskan untuk menulis semula kerana setelah mengumpul kekuatan dengan berkata pada diri.. "aku menulis bukan kerna nama".. malah teman2 juga ada bagi semangat dan kadang hidup juga sunyi tanpa berkongsi dan tertekan bila menangggung rasa sendiri... Jadi apa salah kiranya Pakcik jadikan blog ini untuk meluah rasa.. biarpun kadang berat untuk mengungkapkan.. serta berkongsi pengalaman.. samada gembira atau duka.. sudilah kiranya yang baik jadikan panduan.. yang salah jadikan sempadan... yang terkurang tolong tegurkan... yang terlanjur moga dimaafkan.. :)

Sebelumnya... Pakcik juga ingin memohon maaf kerana bahasa yang Pakcik Kopi guna kat sini.. sangat laa slanga dan rojak.. in another word.. 'CAMPURization'..  kalau yang tak faham tuu ampun dipinta... campur bahasa sana sini... sebab Pakcik Kopi kalau bercakap pun memang lagu ni... :D

Pasti ada yang bertanya... Kenapa guna nama 'Pakcik Kopi'?? Tak kan laa dalam kad pengenalan pun nama Pakcik Kopi yer tak??? Kisahnya begini... dulu Pakcik dari kecil (walaupun badan sebesar rebana dari dulu sampai sekarang) suka amat minum kopi... terutama Kopi 'O' Ais dan Nescafe... maka Pakcik secara tak langsung sedari hidup Pakcik tak lengkap tanpa Kopi... kalau tak minum kopi sehari.. mula laa kepala cam fenin2... Lagipun dulu Pakcik ada join satu komuniti internet yang juga menyiarkan lagu2 di situ.. Oleh kerana terlalu minat akan musik... Maka Pakcik menjadi DJ di siaran radio tersebut secara sukarela... di situ Pakcik dikenali sebagai DJ Kopi.. Bagi mereka yang pernah join komuniti tersebut mungkin kenal akan Pakcik ni (perasan laa jap)... al-kisahnya... panjang pulak yer Pakcik celoteh... ;p

Diharap yang nak baca blog Pakcik ni tak laa jemu dan bosan jenguk blog Pakcik yang tak seberapa ni.. dan diucapkan terima kasih banyak2...

Wassalam...
Pakcik Kopi a.k.a DJ Kopi